Tadbir Urus, Integriti dan Pengurusan Kewangan Masjid

Authors

Wan Zurina Nik Abdul Majid
UiTM

Synopsis

Sejajar dengan peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
melestarikan peranan masjid, satu inisiatif murni telah dilaksanakan bagi
merealisasikan agenda tersebut. Sekalung penghargaan wajar diberikan kepada
pihak Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan di atas usaha mengangkat
kualiti pengurusan masjid ke satu tahap yang lebih tinggi. Kualiti pengurusan masjid
di negeri ini haruslah seiring dengan jolokan nama yang diberi iaitu ‘Negeri Serambi
Mekah’. Peranan masjid sebagai satu institusi ibadah sepatutnya berkembang sejajar
dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan sebagai pembina
kemajuan ummah. Pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah mengaplikasikan
ciri-ciri profesionalisme dalam segenap aspek kerana pembangunan dan
kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam
melaksanakan pengurusan masjid.

Modul Tadbir Urus, Integriti dan Pengurusan Kewangan Masjid diperkenalkan bagi
membantu pengurusan masjid dalam aspek tadbir urus (governan), integriti dan
pengurusan kewangan. Penyediaan manual ini mengambil kira kehendak piawaian
penyediaan laporan kewangan serta kemampuan pihak pengurusan masjid dalam
menyediakan laporan kewangan dan juga mengikuti panduan daripada tataurus
masjid yang dikeluarkan oleh pihak MAIK. Modul ini terdiri daripada empat bahagian,
iaitu Tadbir Urus Masjid and integriti, Pengurusan Kewangan Masjid, Pelaporan
Kewangan Masjid serta Audit Masjid.

Published

9 December 2024

Series

Share |