MOTIVASI JIWA UNTUK MUSAFIR: CINTA DAN DOA SUFI
Synopsis
Tasawuf ibarat air yang ada di dalam sebuah kolam atau air yang mengalir di dalam sungai. Jika kita bayangkan sungai yang jernih airnya, kelihatan ikan-ikan bermain dan makhluk-makhluk Allah S.W.T yang pelbagai nama menumpang hidup, maka tahulah kita bahawa sungai memberi banyak manfaat. Kita maksudkan dengan sungai ialah air sungai yang jernih, dengan segala flora dan fauna dengan segala kandungan yang diberi nama sungai. Tentulah kita suka mendampingi sungai tersebut. Kalau ingin berkelah pun, kita sanggup menghabiskan waktu dan wang untuk ke sana. Kita ingin makan bersama keluarga. Kalau dibuka bekas makanan, kita boleh makan dengan senang sekali, pasti cukup berselera. Tetapi, apabila kita mula membuang sisa makanan ke dalam sungai itu, dan orang lain juga berbuat sedemikian, sungai mula menjadi kotor. Apabila sungai menjadi terlalu tercemar, ikan pun akan mati, hidupan air lain juga turut musnah. Kesannya, tidak akan ada lagi istilah air bersih, jernih dan mendamaikan sesiapa juga.