Talib, A PENGARUH GAYA PENGURUSAN DAN ORIENTASI KEUSAHAWANAN TERHADAP PRESTASI PERNIAGAAN DALAM KALANGAN USAHAWAN WANITA

Authors

AZLIZAN TALIB
UUM
MOHD NAZARUDDIN YUSOFF
UUM
https://orcid.org/0000-0002-4626-4525

Synopsis

Keusahawanan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.  Kerajaan Malaysia juga telah banyak memberi penumpuan terhadap bidang keusahawanan. Ini termasuklah usaha untuk mengubah minda masyarakat daripada masyarakat yang bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan kepada masyarakat yang boleh berdikari.Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai usahawan wanita yang membuka minda untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Penulisan ini meneroka dengan lebih terperinci dan tepat berkenaan hubungan antara gaya pengurusan dan orientasi keusahawanan terhadap prestasi perniagaan usahawan wanita PKS khususnya di negeri Kedah di bawah bimbingan PKNK, KEDA dan UPUK. Objektif utama penulisan disebabkan terdapat masalah dalam peningkatan prestasi perniagaan usahawan wanita walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Kajian ini dijalankan bagi menentukan hubungan yang signifikan antara dimensi-dimensi gaya pengurusan dan dimensi-dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan tiga penemuan yang penting iaitu hubungan prestasi perniagaan dengan demografi, hubungan prestasi perniagaan dengan gaya pengurusan dan hubungan prestasi perniagaan dengan orientasi keusahawanan. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara dimensi-dimensi gaya pengurusan dan item-item orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan. Kajian ini jelas menunjukkan gaya pengurusan dan orientasi keusahawanan setiap usahawan wanita memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan tahap prestasi mereka.

 

Secara amnya, buku ini mengandungi enam bab yang memberi fokus kepada skop gaya pengurusan dan orientasi keusahawanan terhadap prestasi perniagaan di kalangan usahawan wanita. Buku ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai rujukan oleh orang awam, penuntut insititusi pengajian tinggi, pentadbir organisasi dan individu yang berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan berkenaan gaya pengurusan dan orientasi keusahawanan. Buku ini turut ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat. Penulis berharap dengan terbitnya buku ini akan dapat membantu pembaca mendapat panduan yang berguna dan bermanfaat.

Forthcoming

27 November 2025
Share |