PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN ANALISIS DATA SPSS LANJUTAN
Synopsis
Buku Penyelidikan Kuantitatif dan Analisis Data SPSS Lanjutan ini ditulis khusus sebagai panduan para pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta, khususnya mereka yang sedang menulis kertas projek, tesis atau disertasi. Selain itu, buku ini juga sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh pegawai penyelidik di jabatan kerajaan mahu pun swasta yang sedang menyiapkan penyelidikan tertentu di organisasi mereka.
Buku ini mengandungi 12 bab yang membincangkan konsep-konsep penting dalam penyelidikan kuantitatif serta panduan lengkap untuk menganalisis data dan mentafsir output menggunakan perisian SPSS. Antara analisis statistik yang dibincangkan dalam buku ini seperti prosedur ujian-t, analisis varians (ANOVA) sehala, kuasi eksperimen, analisis korelasi Pearson, analisis regresi berganda, model regresi logistik dan banyak lagi.
Diharapkan semua pembaca sama ada pelajar pascasiswazah, pegawai penyelidik atau pembaca umum boleh menggunakan buku ini sebagai rujukan dalam menyelesaikan kerja-kerja penyelidikan mereka.
Jika terdapat sebarang komen atau cadangan daripada pembaca, saya amat berbesar hati supaya mereka dapat menghubungi saya menerusi email ini agar segala kelemahan buku ini dapat diperbetulkan pada cetakan akan datang.
Sekian, terima kasih.
Published
Versions
- 20-03-2025 (2)
- 05-03-2025 (1)