UUM MENGGAMIT KENANGAN
Synopsis
Buku ini merupakan buku cenderahati dan kenangan kepada semua pembaca, terutamanya alumni UUM yang telah memberikan dukungan dan inspirasi kepada kami untuk melahirkan sebuah buku yang mengimbau kenangan para alumni semasa mereka berada di kampus UUM suatu Ketika dahulu . Buku ini bukanlah hasil karya secara perseorangan, tetapi ia adalah hasil kolaborasi dan inspirasi dari banyak pihak. Ia diterjemahkan di dalam bentuk penulisan, gambar dan ilustrasi grafik yang mempunyai unsur humoris yang pasti akan menggamit kenangan para alumni apabila membacanya. Buku ini bukan sahaja disasarkan kepada para alumni, tetapi juga ia sebagai cenderahati kenangan yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja termasuk pihak UUM serta orang perseorangan. Ia adalah sebuah hasil penulisan Istimewa yang menggabungkan empat (4) orang penulis dan seorang pelukis komik yang terdiri daripada alumni-alumni UUM dari pelbagai generasi. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar buku ini dapat menjadi bahan bacaan ringan yang dapat menarik hati para pembaca serta mendapat manfaat daripadanya.