Infomedia Dalam Penyampaian Maklumat Keselamatan dan Kualiti Makanan
Synopsis
Kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan komuniti. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja sahaja, malah perhatian yang sewajarnya juga perlu diberi kepada aspek meningkatkan jalinan hubungan antara organisasi dengan komuniti. Salah satunya di bawah Kementeraian Kesihatan Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) diperkenalkan bagi mempromosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa makanan dan penguatkuasaan. Fokus BKKM juga memberi tumpuan kepada komunikasi kesihatan kepada komuniti yang mencukupi mengenai keselamatan makanan yang meliputi aspek keseluruhan berkaitan makanan. Komunikasi kesihatan memainkan peranan yang besar untuk mempromosikan informasi kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan komunitit. Informasi-informasi sebegini amat penting untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang penjagaan keselamatan makanan yang betul. Oleh itu, buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembuat dasar terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian atau penambahbaikan yang diperlukan memperbaiki sistem penyampaian yang sedia ada. Selain itu buku ini ditulis untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar maklumat tentang info media yang disampaikan oleh BKKM.