Kesejahteraan Psikososial Dalam Organisasi
Synopsis
Peranan kesejahteraan sokongan sosial dilihat sebagai sumber pekerjaan yang penting bagi pekerja. Oleh itu, buku yang dihasilkan ini dapat membantu pihak majikan untuk membantu kakitangannya mencapai tahap kesejahteraan psikosial dari aspek kepuasan kerja dan komitmen kakitangan yang tinggi, di samping melihat beberapa faktor demografi yang mempunyai kaitan terhadapnya. Walaupun kajian mendapati kakitangan di bahagian ini mempunyai tahap yang sederhana terhadap kepuasan kerja, tetapi ia boleh dipertingkatkan lagi dengan menyediakan peluang dan ruang seperti penghargaan, persekitaran kerja yang kondusif, dan peluang peningkatan kendiri kepada kakitangannya dalam usaha untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap tugasan masing-masing. Begitu juga aspek kesihatan mental dan beban tugas saling berkait antara sama lain dan perkara ini perlu diatasi dengan segera sebelum merebak menjadi lebih teruk. Oleh itu cadangan-cadangan yang dinyatakan perlulah diberi perhatian oleh JKN dalam memastikan pekerjanya sentiasa produktif dalam menjalankan tugasan yang dilakukan.