Pengaruh Makanan Terhadap Penyakit Berisiko Tinggi: Apa Kata Komuniti?

Authors

NOOR AZNIZA ISHAK
NOOR AZNIZA ISHAK

Synopsis

Di zaman moden ini kita susah menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Isu mengenai penyakit berisiko tinggi pada abad 21 ini hangat diperkatakan kerana telah banyak mengorbankan nyawa manusia di seluruh dunia. Bukan sahaja Negara membangun sahaja terkena penyakit berisiko tinggi malah Negara maju juga mengalaminya.

Di Malaysia sebagai contoh penyakit berisiko seperti penyakit kanser ramai yang dihadapi oleh masyarakat tidak mengenal usia muda ataupun tua. Statistik kini sangat membimbangkan dilaporkan peningkatan kes kanser saban tahun hingga kini. Begitu juga penyakit berisiko yang lain seperti penyakit diabetis, dianggarkan hampir 4 juta rakyat penghidap penyakit diabetes dan merupakan tertinggi di Asia, serta antara paling ramai di dunia selepas Arab Saudi. Ini menunjujukkan ramai masyarakat kita tidak mengedahkan berkaitan tentang amalan kehidupan yang sihat yang telah diterapkan oleh kementerian di mana pelbagai sumber mereka telah sebarkan tentang melahirkan kehidupan yang sihat di samping sistem piramid berkaitan rantaian makanan juga dimaklumkan. Namun hal ini menjadi remeh temeh kepada masyarakat kita hari ini yang tidak memperdulikan tentang bahayanya penyakit berisiko tinggi. Bagi kebanyakkan masyarakat asalkan kenyang sudah cukup memadai bagi mereka.

Oleh itu, buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembuat dasar terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merangka polisi atau pelan tindakan yang bersesuaian atau penambahbaikan yang diperlukan bagi program pencegahan yang sedia ada atau menyarankan kaedah yang berkesan dari segi penyampaian maklumat dalam mengatasi masalah penyakit berisiko tinggi. Selain itu buku ini ditulis untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat dalam mengetahui fenomena sebenar maklumat tentang corak amalan pemakanan penyakit berisiko tinggi masyarakat kini.

Buku ini juga menambahkan lagi rujukan kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar di peringkat kolej dan universiti awam dan swasta serta NGO dan orang awam. Syukur Alhamdulillah, dalam menjayakan buku ini, kami mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memberikan pandangan membina. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua kakitangan di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini serta pembantu penyelidik daripada UUM iaitu Mohd Hilmi Hamzah dalam menyiapkan buku ini.

Mudahan-mudahan buku ini akan memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak dalam usaha membentuk kehidupan yang damai, makmur dan selamat. Ucapan penghargaan juga kepada keluarga, isteri dan anak-anak yang banyak memberikan perangsang yang tidak putus-putus, pengorbanan semua amat dihargai. Akhirnya setinggi-tinggi penghargaan ucapkan kepada pihak UUM Press.

Published

6 January 2026
Share |