Asas Bahasa Mandarin I

Authors

PIN WOOI TAN
SCHOOL OF LANGUAGES, CIVILISATION AND PHILOSOPHY
WEI YIN ANG
School of Languages, Civilisation and Philosophy (SLCP)
JUN HUANG
YING MA
UNIVERSITI MALAYA

Synopsis

Siri Asas Bahasa Mandarin untuk penutur bukan jati merangkumi tiga tahap. Siri buku ini disediakan khas untuk seseorang yang mempelajari Bahasa Mandarin sebagai Bahasa kedua, termasuk orang Cina yang tidak mempunyai asas pengetahuan Bahasa Mandarin dan juga para penutur bukan jati yang terdiri daripada kaum Melayu, India, dan lain-lain. Siri buku ini bertujuan meningkatkan penguasaan komunikasi pelajar dalam Bahasa Mandarin melalui pembelajaran kosa kata yang lazim digunakan dalam aktiviti seharian.

 

Setiap tahap pembelajaran disediakan sebuah buku teks. Sebanyak 6 pelajaran dalam setiap tahap. Dimulakan dengan bahagian fokus pembelajaran, diikuti oleh dua buah dialog perbualan dan senarai glosari yang berkaitan. Turut dilengkapkan dengan glosari yang terkandung dalam kedua-dua silibus Ujian Kompetensi Bahasa Mandarin (HSK) Tahap 1 dan Tahap 2. Diharap semua calon Ujian Kompetensi Bahasa Mandarin (HSK) mendapat manfaat daripada penggunaan siri buku ini.

 

Siri buku ini direka khas agar menepati konteks sosial di Malaysia, dimana sesetengah kosa kata dan struktur tatabahasa yang lazim digunakan oleh Masyarakat Cina di Malaysia turut dimuatkan. Di samping itu, ia juga dilengkapkan dengan kosa kata yang terkandung dalam silibus Ujian Kompetensi Bahasa Mandarin (HSK) bagi tahap yang selari. Topik pelajaran dalam tahap 1 dan tahap 2 berhubung rapat dengan kehidupan seharian manakala topik-topik pelajaran dalam tahap 3 meliputi situasi perniagaan seperti sesi temuduga dan perbualan di kaunter perkhidmatan hotel. Diharap pelajar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dalam masa tersingkat agar dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam konteks perbualan dengan masyarakat Cina di Malaysia.

Published

1 March 2026

Series

Share |