PENGANTAR SAINS SOSIAL (EDISI KEDUA)
Synopsis
Buku ini mengupas bidang Sains Sosial sebagai satu cabang ilmu penting yang meneliti kehidupan dan tingkah laku manusia melalui pendekatan saintifik dan rasional. Ia merangkumi pelbagai disiplin seperti psikologi, sosiologi, komunikasi, ekonomi, politik dan hak asasi manusia. Perbincangan dimulakan dengan sejarah dan asas falsafah Sains Sosial yang berakar daripada pemikiran Yunani dan berkembang pesat semasa Zaman Pencerahan. Penggunaan kaedah saintifik menjadi teras penyelidikan dalam bidang ini, yang bertujuan memahami fenomena sosial secara sistematik dan objektif. Buku ini sesuai untuk pelajar dan pengkaji yang ingin memahami masyarakat secara menyeluruh.